FAQ
Isi maklumat anda.
Terima sebut harga melalui E-mel atau WhatsApp.
Banding dan buat sesuaian untuk pelan insurans anda.
Buat bayaran dan polisi insurans anda akan dihantar kepada anda dalam masa 30 minit.
- Pindahan wang dalam talian (FPX)
- Kad Kredit atau Debit
- Pelan Ansuran dengan faedah 0%
- E-Dompet
Premium yang dibayar tidak dapat dikembalikan dan tidak dapat ditukar untuk wang tunai atau produk lain.
Jumlah diinsuranskan perlu berdasarkan pada nilai pasaran kenderaan anda. Nilai Pasaran mewakili nilai kenderaan anda dengan peruntukan untuk haus dan lusuh / atau susut nilai.
*Nilai Pasaran:
Merujuk kepada harga berdasarkan anggaran syarikat insurans mengenai nilai kenderaan anda di pasaran terbuka. Jika ada peristiwa yang malang berlaku pada kenderaan anda, anda hanya boleh menuntut setinggi nilai pasaran / nilai semasa model kenderaan anda pada waktu tersebut. Biasanya, premium perlindungan Nilai Pasaran akan lebih rendah.
*Nilai yang Dipersetujui:
Merujuk kepada harga yang telah disetujui oleh anda dan syarikat insurans terhadap nilai kenderaan anda. Nilai ini akan dikaji setiap kali anda memperbaharui insurans anda. Seperti nilai pasaran, nilai yang dipersetujui akan berkurang setiap tahun apabila kenderaan anda semakin uzur. Biasanya, premium perlindungan Nilai yang Dipersetujui akan lebih tinggi.
- Hantar kenderaan anda ke bengkel panel / pusat servis syarikat pengeluar kenderaan.
- Membuat laporan polis dalam masa 24 jam.
- Maklumkan kepada kami mengenai kemalangan dengan segera – Isi borang tuntutan dan serahkan kepada Carly dengan dokumen yang diminta.
- Carly akan beritahu anda mengenai status tuntutan.
*Jika kenderaan anda terlibat dalam kemalangan kecil di mana anda mungkin tidak mahu buat sebarang tuntutan atas polisi anda tetapi kemalangan tersebut melibatkan kerosakan harta benda pihak ketiga atau kecederaan tubuh badan pihak ketiga, sila hubungi syarikat insurans pilihan anda untuk buat laporan.
Polisi ini memberikan perlindungan insurans terhadap kerosakan kenderaan persendirian anda dan / atau liabiliti anda kepada pihak ketiga seperti kecederaan atau kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
Insurans pihak ketiga melindungi anda terhadap sebarang liabiliti kecederaan atau kematian yang disebabkan kepada pihak lain, termasuk kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan anda. Polisi ini memberikan tahap perlindungan yang minimum kepada anda sendiri sekiranya berlaku kemalangan.
Bayaran Lebihan:
Kebanyakan polisi mempunyai bayaran lebihan, iaitu jumlah yang harus dibayar oleh pemegang polisi jika ada buat sebarang tuntutan (Contohnya, lebihan polisi adalah RM100, jika jumlah tuntutan ialah RM500, maka anda perlu bayar RM100 dan kemudian menuntut RM400 daripada syarikat insurans).
Loading:
Loading ialah jumlah tambahan yang dikenakan pada premium insurans asas. Jumlah ini ditambahkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang ‘lebih berisiko’. Pada asasnya, loading meliputi kerugian yang disebabkan oleh individu atau kenderaan yang diansuransikan lebih terdedah kepada bentuk risiko dan kerugian yang tertentu. Faktor-faktor yang akan diambil kira ialah usia kenderaan, pengalaman memandu, dan sejarah tuntutan.
NCD:
Diskaun Tanpa Tuntutan – Merujuk kepada jenis diskaun insurans kenderaan yang diberikan kepada anda apabila anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam 12 bulan yang lalu dan tidak ada tuntutan dari pihak ketiga yang dibuat terhadap polisi insurans kenderaan anda.
NCB:
Bonus Tanpa Tuntutan – Mempunyai makna yang sama dengan NCD, syarikat insurans yang berbeza menggunakan istilah yang berlainan. Walau bagaimanapun, beberapa pembekal insurans seperti Takaful Malaysia, menawarkan kedua-dua NCD dan NCB kepada pemegang polisi.
Kebanyakan polisi insurans kenderaan tidak memberi perlindungan terhadap kerugian seperti:
- Kematian pemegang polisi kenderaan atau kecederaan tubuh badan yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
- Liabitili pemegang polisi terhadap tuntutan penumpang di dalam kenderaan anda; dan
- Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang disebabkan oleh bencana semula jadi seperti banjir, ribut atau tanah runtuh.
(*Catatan: Ini hanya sebahagian kecil dari senarai pengecualian, sila rujuk perjanjian polisi untuk senarai penuh pengecualian di bawah polisi anda.)
Anda boleh menghubungi kami dengan nombor perhubungan kami di bawah atau hantarkan e-mel kepada kakitangan perkhidmatan pelanggan kami.
Insurans Kereta
Perbandingan Online
Bandingkan pelan insurans kereta dari syarikat insurans yang dipercayai.
Insurans Motosikal
Perbandingan Online
Bandingkan pelan insurans motosikal dari syarikat insurans yang dipercayai.